4 Jenis Pendapatan dalam dunia. Anda yang mana satu ?


   "Mungkin ada yang pernah lihat gambar ini, 

dan mungkin ada yang belum pernah lihat kan" 




Inilah penerangan 4 jenis pendapatan yang ada dalam dunia. Mungkin anda tergolong dalam satu jenis pendapatan atau kesemuanya sekali. Saya kupas satu persatu untuk pemahaman anda


1. Employee 

Bekerja mengikut masa yang ditetapkan oleh majikan. Ia mudah sebab kita hanya perlu jalankan tugas semasa bekerja. Cukup masa boleh balik rumah. Setiap hujung bulan tunggu gaji masuk. Gaji permulaan ditetapkan oleh majikan ikut kepada tahap pelajaran dan pengalaman yang ada. Tahun demi tahun gaji akan naik ikot pada tahap performance. 


2. Self - Employed 

Baru memulakan bisnes. Dia larh bos, Ceo, Staff dan semua dia jalankan operasi sesuatu pekerjaan. Pendapatan bergantung pada berapa ramai pelanggan beli produk atau plan yang ditawarkan. Adakala gaji masyuk, adakala kurang masyuk. Ia bergantung pada tahap usaha dan kemampuan diri. 


3. Bussines Owner

Untuk jadi bussines owner haruslah lalui self employed dahulu. Waktu ini anda dah ada sistem dan pekerja yang jalankan operasi syarikat anda. Setiap pekerja ada tugas masing-masing. Sebagai bussines owner anda dah leverage masa dan kepakaran untuk jalankan operasi. Pendapatan boleh mencecah puluhan ribu atau ratusan ribu. 


4. Ivestor 

Semua orang boleh jadi investor, tidak kira anda bergaji, bekerja sendiri ataupun bussines owner. Untuk kategori ni anda mesti perlu ada matlamat dalam pelaburan. Sebagai contoh pelaburan jangka masa pendek, sederhana ataupun panjang. Waktu ni anda membiarkan wang anda bekerja untuk anda. "Let's money work for you". 


Selepas lihat 4 jenis pendapatan ini mungkin anda dah boleh mulakan untuk pelbagaikan jenis pendapatan yang ada. Saranan saya pelbagaikan pendapatan anda dari segi pelaburan tunai, hartanah, emas, Unit trust dan lain-lain pelaburan yang selamat yang dibenarkan oleh Bank Negara. 


Comments

Popular posts from this blog

Piramid Kewangan, panduan untuk urus kewangan...

NAK BELI KERETA HONDA CIVIC ? INI CARA TERBAIK.. SIAP DAPAT CASH RM49,000 LAGI LEPAS 9 TAHUN

OVERNIGHT POLICY RATE Dari 2.75% turun kepada 2.5%. Apa Impak Pada Ekonomi ?