"KWSP sudah ada Dana islamik". Dah tukar ?


   
Alhamdulilah syukur kehadrat Illahi Tabung Dana paling besar di Malaysia iaitu KWSP sudah ada dana islamik. Actually saya pernah tulis post berkenaan ini sebelum ini. Post ini hanya untuk berkongsi pada semua orang.


    Sebagai Perunding Kewangan Islam saya mengajak anda semua yang beragama islam untuk tukar Dana islamik Kwsp anda. Bagi duit yang ada sebelum ni anda boleh bayar zakat berdasarkan jumlah yang ada. Tidak mengapa pulangan dividen syariah lebih rendah dari Dana konvensional, yang kita mahukan ia halalan toyyiba. 


   Anda boleh tukar dana syariah melalui website I Akaun Kwsp, mudah dan cepat. Jangan lupa untuk update penama kwsp anda sekali. Jika meninggal penama waris mudah untuk cairkan duit kwsp anda. Ia mungkin duit untuk teruskan kehidupan untuk anak anda. 


   Bagi mereka yang kerja swasta diwajibkan untuk mencarum KWSP sebagai dana persaraan di waktu umur 55 tahun. Bagus sangat kerajaan buat cara ini sebab pekerja swasta dah ada dana persaraan sendiri. Kalaulah ia sebagai skim sukarela pasti ramai yang tak nak mencarum dana persaraan. 


   Dari segi peribadi ia sangat bagus dan kerajaan mewajibkan caruman dari majikan. Majikan akan dapat pengurangan cukai untuk syarikat. Max untuk pengurangan cukai untuk dana persaraan ialah 19%. Kebiasaan majikan syarikat swasta carum dalam 11-15% . Anda boleh semak di slip gaji atau di penyata kwsp. Kira berdasarkan gaji anda. 


   Selain itu, sebagai Penambahan dana persaaraan. Kerajaan perkenalkan Skim Persaraan Swasta sebagai penambahan untuk Dana persaraan bagi mereka yang tidak cukup dana persaraan. Bagi mereka yang nak duit persaraan banyak disarankan untuk langgan Private Retirement Scheme (PRS). Minimum simpanan bulanan RM50. Buka akaun serendah RM100 sahaja. 


   Selain itu, PRS juga boleh relief tax income anda maksimum sebanyak 3K setahun. Bagi mereka yang kena bayar tax anda boleh langgan PRS. 


   Kewangan ini best jika kita plan sebaiknya. Ia iabarat seperti game. Kita plan ia atau kita main semberono sahaja dalam pengurusan kewangan. 


   Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat pada anda semua. Bagi mereka yang nak uruskan kewangan secara menyeluruh. Boleh hubungi saya. Hanya tekan nama saya untuk pengurusan kewangan dan permohonan PRS 


- Perunding Kewangan Berlesen - 

Comments

Popular posts from this blog

Piramid Kewangan, panduan untuk urus kewangan...

NAK BELI KERETA HONDA CIVIC ? INI CARA TERBAIK.. SIAP DAPAT CASH RM49,000 LAGI LEPAS 9 TAHUN

OVERNIGHT POLICY RATE Dari 2.75% turun kepada 2.5%. Apa Impak Pada Ekonomi ?