Seramai 65,000 pengunjung website



Salam & selamat sejahtera kepada semua pembaca website Jadi Pelabur Bijak. Alhamdulilah dah 7 tahun saya jadi Perunding Kewangan berlesen under Federation Invesment Manager Malaysia (FIMM) dan saya bernaung di Principle Asset Management Berhad in alliance with CIMB. Dahulu dikenali sebagai CWA (CIMB Wealth Advisor). Office saya berada di Seremban 2, Negeri Sembilan.


Alhamdulilah saya lihat seramai lebih 65,000 orang telah kunjung website ni. Kelmarin saya lihat statistik rupanya bukan sahaja pengunjung website ini dari Malaysia sahaja. Malahan dari pelbagai negara seperti United States, Singapore, China, Indonesia dan lain- lain negara lagi. 




Tahun 2021 ni ramai diantara kita yang hilang pekerjaan atau pendapatan terjejas. Sama juga seperti saya pada awal PKP pertama. Sebabnya before ni saya bekerja dengan jumpa klien secara face to face. Kini hanya jumpa melalui Zoom meeting sahaja. Pada mulanya nak adapt perkara baru ni agak sukar. Tapi have to do jugak. 

Untuk pelaburan seperti Unit trust, PRS, Takaful dan juga waisat alhamdulilah boleh dibuat secara online. Nasib baik kerja saya ni berubah ikot keadaan sekarang ini. 


Untuk page FB saya Jadi Pelabur Bijak mostly saya kongsikan Ilmu berkenaan ASB Financing. Ramai jugak yang terima manfaat. ASBF ni sesuai untuk pelabur baru yang nak baru nak masuk ke dunia pelaburan. Bagusnya sekarang ni bulanan untuk ASBF lebih rendah kerana tempoh pembiyaan dinaikkan sehingga 40 tahun. Dahulu hanya max 30 tahun. 


Sekarang saya coaching mereka yang nak uruskan kewangan, bermula dari simpanan, pelaburan, urus duit, lindung duit serta pengagihan duit jika berlaku sesuatu perkara yang tak diingini. Selain tu juga saya bantu mereka urus cash flow duit mereka. Part ni ramai baru sedar kemana duit mereka pergi selama ini.


Ramai jugak yang tanya kena bayar ke ? 


Buat masa ni xde lah saya cas, sebab zaman kini ramai orang perlukan duit untuk beli keperluan. Saya anggap sy bantu ni adalah bekalan pahala saya disana. Alhamdulilah 


Jika korang nak saya bantu untuk semak kewangan korang pon boleh. Kita set masa untuk zoom meeting. Waktu sekarang lagi ramai orang tension sebab nak kena bayar hutang. Gaji pulak kena potong. 


Dengan pengalaman 7 tahun yang saya ada ni serba sedikit boleh bantu korang uruskan kewangan semula. Saya juga guide mereka untuk 8 Tabung Kewangan dalam kehidupan. Jika follow je 8 Tabung Kewangan saya yakin kehidupan anda akan rasa lancar sahaja. Sebab saya juga buat 8 Tabung Kewangan tersebut. 


Akhir kata, saya mendoakan anda semua sihat sejahtera dikala pendemik ini. Jaga kesihatan, Jaga kewangan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Jika anda perlukan bantuan just klik Fendi Karim untuk berhubung melalui whatsapp. 


- Perunding Kewangan Berlesen - 







Comments

Popular posts from this blog

Piramid Kewangan, panduan untuk urus kewangan...

NAK BELI KERETA HONDA CIVIC ? INI CARA TERBAIK.. SIAP DAPAT CASH RM49,000 LAGI LEPAS 9 TAHUN

OVERNIGHT POLICY RATE Dari 2.75% turun kepada 2.5%. Apa Impak Pada Ekonomi ?