Inisiatif GKP 3.0 penambahan RM500



 Melalui program PEMERKASA+, Kerajaan telah mengumumkan tambahan RM500 di bawah inisiatif GKP 3.0. Ini bermakna jumlah bayaran adalah RM1,500 untuk lebih kurang 1 juta PKS mikro, menjadikan jumlah bayaran GKP 3.0 sebanyak RM1.5 bilion yang akan dibayar dua kali, iaitu mulai 10 Jun dan pada bulan Julai 2021.⠀

Status semakan boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 di pautan: https://gkp.hasil.gov.my⠀

Bagi tahun 2020-2021, jumlah peruntukan hampir RM5.1 bilion telah dan akan disalurkan kepada hampir 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara. Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan ini akan meringankan beban PKS mikro, terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini.


#Belanjawan2021 #GKP #PEMERKASAPlus

Comments

Popular posts from this blog

Piramid Kewangan, panduan untuk urus kewangan...

NAK BELI KERETA HONDA CIVIC ? INI CARA TERBAIK.. SIAP DAPAT CASH RM49,000 LAGI LEPAS 9 TAHUN

OVERNIGHT POLICY RATE Dari 2.75% turun kepada 2.5%. Apa Impak Pada Ekonomi ?