Perlu atau tidak ambil moratorium ? Ini pendapat sebagai Perunding Kewangan

 

Moratorium kali ni terbuka pada semua golongan. Caranya pon mudah just call bank anda pada 7 Julai 2021 untuk apply moratorium ini. Tapi sebelum nak apply mungkin korang boleh rujuk pendapat saya ni. Ia mungkin dapat bantu anda serba sedikit.

1. Sebelum nak apply, anda kena tahu di kategori yang mana satu. 

a) Gaji terjejas

b) Hilang Pekerjaan 

c) Gaji tak terjejas 


Sekiranya anda di A & B. Anda sesuai untuk apply mora ni. Lagi2 simpanan anda di bawah kadar gaji selama 6 bulan. Jangan risau untuk bayar interest bank yang akan datang sebab apa yang lebih utama ia makanan harian. 


Dengan manfaat mora ni anda gunakan sebaik yang boleh. Beli perkara keperluan dan bukanya kemahuan. Bagi ketegori gaji tak terjejas pulak, korang semak emergency fund boleh tampung belanja berapa bulan.  Simpanan lebih dari 6 bulan adalah lebih baik. 


Jika emergency fund anda ada sedikit, anda juga sesuai untuk ambil moratorium. Moga kali ini buka mata anda betapa pentingnya duit kecemasan. Lagi-lagi sekarang ni banyak majikan berhentikan perkerja. Majikan pon struggle nak teruskan kehidupan juga untuk bayar overhead perniagaan. Waktu PKP banyak kedai dan syarikat tutup. Moga kita semua tidak stress yang keterlaluan menghadapi pendemik covid. 


Saya percaya dengan adanya simpanan yang cukup akan kurangkan stress. Di waktu ini urus kewangan anda sebaiknya. Bincang dengan pasangan anda. Uruskan kewangan. Lupuskan komitmen yang tak perlu. Tingkatkan jumlah simpanan. Ambil sehelai kertas dan tuliskan komitmen bulanan anda. 


Saya sedih bila kebanyakan di media sosial ada yang bunuh diri kerana stress sebab hutang yang banyak. Saya tak nak perkara ini terjadi pada anda. Saya sebagai Perunding Kewangan menyarankan anda urus kewangan sebaiknya. 


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua. 


Salam Ukhwah , 

- Perunding Kewangan Berlesen - 

Comments

Popular posts from this blog

Piramid Kewangan, panduan untuk urus kewangan...

NAK BELI KERETA HONDA CIVIC ? INI CARA TERBAIK.. SIAP DAPAT CASH RM49,000 LAGI LEPAS 9 TAHUN

OVERNIGHT POLICY RATE Dari 2.75% turun kepada 2.5%. Apa Impak Pada Ekonomi ?