Perkara yang perlu disediakan sebelum beli rumah subsale.



BELIAN HARTANAH SUBSALE

Sekiranya kau baru nak beli rumah atau pon rumah pertama  mungkin rumah subsale bersesuaian untuk kau sebab rumah subsale masih lagi ade value bawah 200,000. Kena tengok tempat jugak larh.

Persediaan sebelum nak beli rumah. Kau perlu ade modal at least 15% dari harga rumah. Jika harga rumah 100k. Kau perlu ade 15k deposit.

"Kalau duit dah ade boleh terus buat lain rumah ke ?"

Tak jugak. Kau perlu ada rekod dengan bank. Rekod ini dipanggil Ccris. Bila kau ade rekod dengan bank. Bank tahu kau dah ade sejarah loan dengan bank.

So kena larh bina dulu rekod tu. Nak bina rekod ccris ada dua cara.

1. A$B Financing
2. Kad kredit

Setakat sekarang ini larh cara terbaik untuk cipta rekod ccris. Sebab ada baiknya dari dua cara diatas. Baik dan buruknya bergantung pada orang yang gunakannya.

Jika rumah harga 200k. Bulanan bayaran lebih kurang 1000. Untuk nak didik bayar 1000 kat bank ni tak semua orang boleh buat. So nak bina habit kau simpan 1000 kat mana² je simpanan yang kau rasa selesa antaranya Tabung Haji, ASB, A$BF.

Bila dah rasa displin dan deposit dah cukup. Kau cari larh rumah yang kau nak tu. Cari based on kemampuan kau bukannya kemahuan.

Cari je rumah yang dah ade ejen hartanah. Sebab ejen hartanah akan mudahkan kerja kau. Dari proses submit loan dan jugak urusan lawyer.

Kepuasan beli rumah memang best. Sebab tu orang yang dah beli rumah pertama akan beli lagi dan lagi jika dia tahu cara mana melabur dengan ilmu.

Jom beli rumah..
Admin bukan ejen rumah okey...
Admin Investment Consultant...

*Dahulu max tempoh pembiayaan hanya 35tahun. Kini dah sampai 40 tahun.!! Wah bestnya. Rate interest pon turun taw...
Bila tempoh bertambah bayaran bulanan
lebih rendah. Refer gambar dibawah.

Cayok²...!! 😁😁


Comments

Popular posts from this blog

Piramid Kewangan, panduan untuk urus kewangan...

NAK BELI KERETA HONDA CIVIC ? INI CARA TERBAIK.. SIAP DAPAT CASH RM49,000 LAGI LEPAS 9 TAHUN

OVERNIGHT POLICY RATE Dari 2.75% turun kepada 2.5%. Apa Impak Pada Ekonomi ?